Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Lahir.

Yang ke-24. Tadi ayah membuat cubaan mendukung aku. Kononnya aku masih bayi yang comel. Tapi kenyataannya aku lagi besar dari dia. Patutkah aku pula cuba menjulang beliau? Kerana berjaya membesarkan aku selama 24 tahun. Next year dapatlah award jubli perak. Tapi akhirnya kami hanya berjoget sama menyanyi lagu Happy Birthday.

Oh. Tiada sambutan hari jadi besar-besaran. Tiada kek juga. Lagipun mak ayah dah sambut birthday aku, Abang (24 April) dan Dibah (4 May) secara pukal semasa hari jadi Dibah yang lepas. Buat 2 bijik kek (terima kasih Diwan dan Adik dan Dibah) dan makan-makan di Tupai-Tupai. Sekali jalan aja semua. Cukup bilangan adik-beradik. Bukan senang semua nak berkumpul. 

Tadi untuk tidak nampak birthday aku terabai, on the way balik dari ofis, mak redah juga hujan pergi Burger King kat Masjid Jamek. Katanya, ada offer. Beli satu whooper dapat free lagi satu. Maka, jadilah kami berparty burger di rumah. Makan sorang satu. Kenyataannya, aku masih kenyang masa mak bawak balik si whooper. Tapi, tenguk mak sangat excited, aku pun makan bersama beliau sambil berjoget dengan ayah. 

Terima kasih mak. I know we're not economically in good state at the moment. Tapi mak cuba juga nak belanja aku. Burger beli 3 free 3. Kalau burger ramlee atau tiada burger juga aku tak kisah. Sebab pagi-pagi lagi mak dah bangun datang peluk cium dan wish aku happy birthday. Cukup sudah. Ayah juga. Masih mahu berjoget dengan aku. Walaupun aku sekarang sudah 24. Bukan 4. Mahupun 14. Aku harap masa aku umur 40 nanti, mak ayah masih ada untuk sambut hari jadi aku biarpun hanya termenung bersama di sisi.
 

5 comments:

  1. aini dah besar..jangan julang bapa kamu..saya rasa beliau gayat

    ReplyDelete
  2. haha. adegan dukung mendukung pasti kelakar.haha.

    ReplyDelete
  3. Syamimi,
    terimas!!
    mau hadiah.nanti pos ke rumah ok.

    Nawa,
    beliau tdk gayat.beliau cuma geli.

    Angah,
    erk.tidak kelakar.kelihatan huduh.

    Mael,
    amende ajak aku nanges time besday huhu..
    nway..trimas!!

    ReplyDelete