Tuesday, June 23, 2009

Sesi Outage








Malam kelmarin, rumah blackout. Ini hasilnya bila 3 orang anak dara berkumpul, sebiji gitar dan rumah yang gelap-gelita. Kalau takut, jangan dengar.

Friday, June 19, 2009

Hamster.

Hebat sungguh saya duduk di rumah tanpa keluar selama hampir 2 minggu. Mungkin mak saya menganggap saya seekor hamster.

Makan pakai saya cukup. Saya cuma perlu bersihkan sangkar sendiri.Tapi sangkar ini besar. Ada tangga yang tinggi juga. Ada kawan-kawan saya kata, kalau bosan pergilah bermain benda pusing itu. Mungkin mesin basuh maksud beliau. Hari-hari pun saya main benda itu. Paling kurang pun sekali sehari.

Saya senang hidup begini.



*Redha*







p/s:Esok, hamster ini mau tonton movie. Hannah Montana The Movie. Saya dengar cerita ini bagus juga.


Monday, June 15, 2009

Kerja.



OK. I've graduated. So there comes the killer question from each of the person i've seen;
Bila nak kerja ni?(nada memandang rendah aku)


Cilaka.


Baiklah pakcik makcik abang kakak sekalian.
Saya bukan tak dapat kerja lagi. Bukan juga kerana tiada siapa sudi ambil saya kerja. Saya memang sengaja tak apply lagi. Sebab saya suka goyang kaki habiskan duit mak bapak.


Sekarang kau boleh pandang rendah sama aku. Puas?




p/s:Ok.I lied. Aku dah dapat kerja di Hotel Legend. Sales Executive. Tapi aku macam taknak pulak. Saje gatal pegi interview.


Tuesday, June 9, 2009

Hari Pertunangan Khalilah.

Sabtu lalu aku ke Ipoh. Pergi untuk hadir majlis tunang Cik Khalilah. Tapi sebenarnya Khamis lagi aku sudah berada di rumahnya. Seronok sungguh duduk di rumah Khalilah bersama-sama ibunya yang suka melayan dan bagi makan. Terima kasih mak Khalilah. Terima kasih juga Khalilah.

Pelamin kamu cantik. Hantaran sangat banyak dan cantik-cantik lagi menyelerakan rasa nak rampas dari Shah. Tapi macam buruk siku bunyinya. Murah hati sungguh orang Perak. Semua orang bagi serba sedikit buat hantaran. Memang membukitlah jadinya. Sekarang aku sudah ada cita-cita baru. Aku mau kahwin sama orang Perak.

Khalilah, tahniah kepada kamu. Semoga jodoh kamu sampai akhir hayat. Doakan kawan-kawan kamu juga. Lagi-lagi yang dah makan sirih dari Shah hari tu.

Ini gambar serba sedikit dari kemera tersalah setting. Mau lagi cantik boleh lawat sini---> Bakri. Memang superb.


Date: Jun 6, 2009 (Saturday)
Location: Rumah Khalilah, Simpang Pulai, Ipoh.











Bawah ni gambar-gambar outdoor semasa hari pertunangan. Di Gua yang aku tak ingat namanya. Dan juga gambar-gambar di sekitar shophouses yang lama-lama. Menarik juga. Aku tak pernah masuk gua walaupun rumah aku dekat je dengan Batu Caves.

Date: Jun 6, 2009 (Saturday)
Location: Gua ape ntah dan rumah kedai lama di Simpang Pulai, Ipoh.













p/s: Beautiful people, beautiful places. Perak is an absolute authentic state with lushes greens.

Wednesday, June 3, 2009

Bila Bosan Tapi Takde Duit Nak Berjalan I


Kelas Membuat Banana Split.

Hari-hari pengangguran berlangsung dengan penuh aktiviti suri rumah. Hari kelmarin cubaan membuat banana split. Ini gara-gara dihasut anak Encik Khalid si Sarah itu untuk bermain dengan makanan. Pagi jam 10 sudah bergerak ke Tesco. Siap bawa list barang mau beli:
1. Aiskrim
2. Pisang
3. Penkek
4. Apa-apa barang yang dirasakan menggembirakan...

Cara membuat secara huru-hara adalah seperti berikut.

Tiada mangkuk panjang. Makanya pakai aja mangkuk bulat. Splitkan banana itu. 
Abaikan kucing itu. Dia peminat kami.
Sambil potong pisang sambil double-boiled ini cokelat.





Keputusan: GAGAL. Tapi masih boleh dimakan. Cuba lagi lain kali.