Sunday, July 12, 2009

Terlupa Kewujudan.


Blog ini. Hampir terabai. Kesian.
Apa khabar?

Oh. Aku berpergian beberapa hari ke Perhentian. Ini kali kedua untuk tahun ini. Tidak. Aku bukan gila pulau. Tapi cuma menemankan adik dan kazen tercinta bercuti sebelum meneruskan pembelajaran.

Alang-alang mau ke Perhentian, kami berkeputusan juga membuat road trip dengan singgah merata di sepanjang perjalanan. Isnin bertolak jam 12 tengah hari. Lalu Highway Karak. Keluar di Kuantan. Singgah di kampung nelayan di Cherating. Singgah tempat penetasan penyu tak tau kat mana tapi sebelah Club Med. Melawat rumah lama di Rantau Petronas. Ambil gambar di Kerteh dan Paka secara haram. Jam 8 baru sampai di Batu Buruk, K. Terengganu. Makan sambil tunggu Pak Lang ambil sebab tak ingat jalan nak pi rumah dia. Bermalam di rumah beliau.

Esoknya bangun subuh. Breakfast nasi minyak. Pak Lang bagi bekal roti bun berbuku-buku(buku kah? ke ketul?) sebagai makanan ruji atas pulau nanti. Jam 8 bertolak ke Kuala Besut. Sampai jam 10+ kerana memandu secara berhemah.

Ok. To be clear, kami pergi bertiga sahaja dari KL. Tapi berjanji dengan Diwan(adik kepada aku dan Dibah) untuk bertemu di atas pulau. Diwan ada geng. Geng dia 10 orang. Duduk di Bubu Resort. Kami tak mampu maka kami pergi redah aja untuk cari bilik secara walk-in. Dapat chalet twin sharing di Matahari Chalet yang cuma ada katil berkelambu koyak dan serambi kecil untuk RM40 satu malam. Outside bathroom. Tapi aku suka. (Murah! Murah untuk peak season) Maka dengan rasminya kami menggelar diri kami, The Backpackers.

Sudah malas mau cerita. Owh. Dari KL ke Perhentian dan ke KL semula, aku rasa kitorang cuma keluar dalam RM300 seorang. Plus minus of course. Ini termasuk perbelanjaan berjalan-jalan di KT, Kemaman, Teluk Chempedak dan makan-makan di sepanjang perjalanan. Dasar perempuan murahan. I like.


Date: June 29 - July 3, 2009.
Location: Sepanjang perjalanan ke Perhentian.

















p/s: Lepas ni mari ke Sipadan. Aini, sila kumpul duit. Oh. Bukan. Sila cari kerja.









5 comments:

  1. saya baru balik dari jiran sipadan..uhhu!

    ReplyDelete
  2. nice pictures! amik sndri ka? well, welcome 2 sabah..mmg best la klu minat diving ni..huhuh

    ReplyDelete
  3. ama,
    awak nak pegi bangkok kan?
    saya ikut. nak book tiket nanti jgn lupa btau.

    Finie Ramos,
    hello me dear~
    yep. gamba ambil sendiri. terima kasih memuji :D
    saya nak diving tapi tiada ongkos. tunggulah bila sudah ada duit sendiri nanti.

    ReplyDelete