Friday, September 24, 2010

Entri Raya Terlewat.

Teringin jugak nak update pasal raya. Seronok tengok gambar orang beraya. Macam-macam versi. Selamat Hari Raya semua. Harap-harap sambut dengan gembira ya! Ini pula versi saya yang tak seberapa.


Hari raya tahun ni sederhana sahaja.Seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kali ni turn beraya kat kampung Mak kat Changkat Jering, Taiping. 2 hari sebelum raya aku, Mak, Diwan dan Adik berangkat dulu satu kereta. Disebabkan kami semua gemok-gemok, maka pergi mana-mana sekarang ni kena naik 2 kereta. Esoknya, baru Ayah, Dibah dan Abang balik naik satu kereta lagi. Dan sedara-mara yang lain pun ramai yang balik hari yang sama juga. Agak penuh rumah. Tak semua adik-beradik Mak ada. Kalau ada, for sure runtuh rumah papan Tok saya. Mak saya ada 12 beradik. Kalau semua balik, kena bercamping lah jejaka-jejaka sekalian di halaman.
Kampung ni dah tak ada penghuni. Sejak Tok Wan meninggal 4 tahun lepas, Tok pun dah tak berapa kuat. So, dia tinggal dengan kami kat KL. Tapi by time kitorang akan balik untuk mengemas. In fact, 2 weeks before puasa pun kami ada balik untuk mengemas secara besar-besaran! Supaya bulan puasa taklah penat sangat. Tinggal sapu-sapu lap-lap je.



Well, apalah beraya tanpa barbeku! Tapi ni belum raya. Ini adalah untuk berbuka. Memandangkan semasa ini ramai lagi yang belum sampai kerana ada kereta yang rosak di tengah jalan, maka Abang dan Diwan ditugaskan membakar ayam dan lemang. Sambil dimandur oleh Pak E. Gadis-gadis berada di dalam rumah menyiapkan ketupat. Ketua gadis adalah Cik Aini yang paling hensem dan berbakat. Ini adalah hari terakhir berpuasa. Esoknya raya!

Menu raya sudah pastilah ketupat nasik, ketupat palas (pulut? kot.), lemang, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan lodeh. Sepanjang raya perut tak pernah dibiarkan lapar. Bandung soda pula free flow. Tahniah 2 kg! Nasib baik aku memang gemok (NOOOOOOOO!!!!!).

Pagi-pagi dah berebut bilik air nak mandi sunat raya. 40 orang. Toilet ada 3 je. Nasib baik rumah Pak Che kat sebelah je. Adalah lagi satu toilet. Lepas mandi mestilah makan raya pula sementara tunggu yang lain bersiap-siap nak berarak ke masjid. Sarung baju raya siap-siap. Barulah meriah warna-warni. Sekampung orang pakai baju raya oi. Lepas sembahyang, bermula lah sesi huru-hara.


 
Ketua trafik pada hari tersebut. Amek nombor ye adik-adik. Sapa potong Q kita potong duit raya dia! 
Hiyarghh! Rasa berkuasa. 

Bagus. Mendengar kata. Salam dan mintak ampun ya.

Disebabkan tahun ini Kakak Ani/Kak Nani/Cik Nani tidak bekerja tetap, maka duit raya korang postpone tahun depan wiwiwiwiwiwiwii~~ Dan saya telah diberi duit raya. Oleh adik sendiri. Ahahahaha...Malu ai.


Gambar keluarga. Haruslah kan. Posing kasi manis. Nanti boleh frame letak kat hall rumah.

We're missing a person here. There should be 8 of us. Apit. Selamat Hari Raya dalam jepun ape ye? Seronokkah beraya kat Tokyo? Ada lemang tak? hehehe..Nanti Kakak Ani nak Takuya Kimura satu tau. Bungkus. Ikat tepi. Mana gambar raya ko ha? Tak balik dari Tokyo lagi ka? Jangan lupa upload. Nanti Kakak Ani publish kat sini. Biar glemer walaupun takda orang baca he he he..

So, seperti lazimnya, hari raya adalah hari makan sedunia. Raya pertama kitorang tak ke mana. Sebab menunggu sedara-mara datang. Aktiviti wajib adalah basuh pinggan, hidang makan. Then basuh pinggan lagi. Then makan lagi. Ulang sampai raya ketiga ya. 

Salam Aidilfitri dari kami The Khalids!


Dari kiri (belakang atas kerusi): Diwan, Ayah, Mak, Abang, Saya, Tok.
Kiri duduk bawah: Adek, Dibah.
Missing person: Apit.


p/s: Punyalah huru-hara semua orang sampai terlupa nak amek gamba ramai-ramai semua orang lompat bintang. 

p/s ke-2: Dah abeh tulis ni baru teringat lupa nak update raya di sebelah Ayah pula. Sigh. Next entry! Hoyeah~


















Saturday, September 4, 2010

Sigh. It's Ramadhan! Cheer Up!

Entri yang agak terlewat. he he.. Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat. Semoga kita lebih diberkati.

Sekarang aku tak suka nak menulis. Sebab tiada idea dan tiada yang menarik sangat untuk ditulis. Oh. Mungkin berita aku berhenti kerja buat kali ke-3 kedengaran menarik? Tidak juga. Tak nak lah cerita benda tak gembira. Nanti termasuk bab-bab kutuk orang pulak. Aku bukan suka sangat kutuk orang. Lagi-lagi kalau tak kenal. Dan aku tak suka kalau orang buruk-burukkan orang lain yang aku tak kenal pun sapa. Not interested. Wah. Emo.

Oh. Emo. Lately aku terasa agak annoyed dengan orang-orang yang emo lebih ni. Nasib baik family aku bukan jenis emo. Orang jenis macam ni nak orang jaga hati dia je. Nak orang faham dia aje. Tapi taknak berusaha untuk faham orang lain. Dan tak boleh tolerate. Dan nak orang fikir kesusahan dia aje. Sigh. I know I'm not the most sensitive person on earth, but at least I do know when exactly to start compromising, to notice when there are pressures in the air and to put it down for a bit. OK. I'm not making any sense. So I'm going to stop.

I know this hurts some. And now you care. But I'm sorry, I don't. I had enough. Sekian episod emo kali ini.

Wednesday, August 4, 2010

Sekadar Berbasa-Basi.

Hello my blog. Helo kawan-kawan.
Sebulan jugak rupanya tak tulis apa-apa. Sigh.


Oh.Saya diberi award lah. Oleh Cik Tipah. Nanti saya claim ye.


Kepala saya sekarang sedang dipenuhi REDANG. Saya nak start packinglah. Too bad the camera is broken. Kalau tak boleh eksen dgn Ili dan Ama dan kawan-kawan lain. Damn.


See ya at Redang.

Wednesday, June 16, 2010

Yeah..Yeah..

Oopss. 2 entries in a row. Pardon me hik hik hik.
I happen to like this song when I first heard it in a relatives's reception the other day. It's so last year but yeah..yeah..whatever. 


http://www.youtube.com/watch?v=5H3MNfo9uro






Oh wait. How do you make the video appear?
Buta IT hik hik hik..

Merapu.

Huish. Terlupa lak ada blog. Dulu konon busy tak sempat nak tulis. Sekarang tak busy pun tak sempat nak tulis juga. Sebenarnya, malas. Saya bukan seorang penulis. Nak buat ayat sedap2 hebat2 macam novel memang tersasar lah. Apa kata anda2 semua yang sajes apa yang saya perlu tulis? Hal peribadi? Cinta? Kawan2? Kerja (sensitip sikit..)? Rambu-ramba? You name it.


Oh.By the way. Ama sudah selamat kahwin! Now. Who's next? Kelilah...Ili.. Then? Nawa?<---paling berkemungkinan.






p/s: Sila beratur. Amek nombor giliran ye kalau nak kawen.



Monday, May 17, 2010

Lagi 2 Hari.

Saya akan hidup suku abad. Hahaha~ Ok saya mau sesuatu untuk hari jadi. Tapi saya pun tak tau apa saya mau. Hmm..Hmm.. iphone? Kemera? Percutian? Oh. Kesian pulak kawan-kawan saya nanti. Daripada saya sibuk-sibuk nak hadiah lebih baik saya fikir apa mau bagi kepada Cik Amalina Manaf yang kawen lagi 3 minggu.

OMG.Ama kawen lagi 3 minggu~

Tuesday, May 11, 2010

Cheers To All of Us.


it's been years my dear
and the memory still lingers here
i can see the vivid you standing beside me
i hear your laugh echoes inside of me
i feel your tears falling on my skin
and your heart beating next to mine

how can i ever forget those?
the time we shared, the love we spread
the dreams we dreamed, the promise we made
for showing me the little things we always took for granted
i thanked you


so let's run together to the open air
laughing to tears like you don't care
let the wind turns to storm
let the sun burns our skin black
let the rain drench us to death
because this is our time
to keep our head up and smile
and tell the world we'll never disappear 
even after all these years


i may never be beside you but trust me this is true
that we share this one heart 
that keeps us from falling apart.







and i miss us.













p/s: to all my girlfriends out there, cheers!