Friday, September 24, 2010

Entri Raya Terlewat.

Teringin jugak nak update pasal raya. Seronok tengok gambar orang beraya. Macam-macam versi. Selamat Hari Raya semua. Harap-harap sambut dengan gembira ya! Ini pula versi saya yang tak seberapa.


Hari raya tahun ni sederhana sahaja.Seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kali ni turn beraya kat kampung Mak kat Changkat Jering, Taiping. 2 hari sebelum raya aku, Mak, Diwan dan Adik berangkat dulu satu kereta. Disebabkan kami semua gemok-gemok, maka pergi mana-mana sekarang ni kena naik 2 kereta. Esoknya, baru Ayah, Dibah dan Abang balik naik satu kereta lagi. Dan sedara-mara yang lain pun ramai yang balik hari yang sama juga. Agak penuh rumah. Tak semua adik-beradik Mak ada. Kalau ada, for sure runtuh rumah papan Tok saya. Mak saya ada 12 beradik. Kalau semua balik, kena bercamping lah jejaka-jejaka sekalian di halaman.
Kampung ni dah tak ada penghuni. Sejak Tok Wan meninggal 4 tahun lepas, Tok pun dah tak berapa kuat. So, dia tinggal dengan kami kat KL. Tapi by time kitorang akan balik untuk mengemas. In fact, 2 weeks before puasa pun kami ada balik untuk mengemas secara besar-besaran! Supaya bulan puasa taklah penat sangat. Tinggal sapu-sapu lap-lap je.



Well, apalah beraya tanpa barbeku! Tapi ni belum raya. Ini adalah untuk berbuka. Memandangkan semasa ini ramai lagi yang belum sampai kerana ada kereta yang rosak di tengah jalan, maka Abang dan Diwan ditugaskan membakar ayam dan lemang. Sambil dimandur oleh Pak E. Gadis-gadis berada di dalam rumah menyiapkan ketupat. Ketua gadis adalah Cik Aini yang paling hensem dan berbakat. Ini adalah hari terakhir berpuasa. Esoknya raya!

Menu raya sudah pastilah ketupat nasik, ketupat palas (pulut? kot.), lemang, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan lodeh. Sepanjang raya perut tak pernah dibiarkan lapar. Bandung soda pula free flow. Tahniah 2 kg! Nasib baik aku memang gemok (NOOOOOOOO!!!!!).

Pagi-pagi dah berebut bilik air nak mandi sunat raya. 40 orang. Toilet ada 3 je. Nasib baik rumah Pak Che kat sebelah je. Adalah lagi satu toilet. Lepas mandi mestilah makan raya pula sementara tunggu yang lain bersiap-siap nak berarak ke masjid. Sarung baju raya siap-siap. Barulah meriah warna-warni. Sekampung orang pakai baju raya oi. Lepas sembahyang, bermula lah sesi huru-hara.


 
Ketua trafik pada hari tersebut. Amek nombor ye adik-adik. Sapa potong Q kita potong duit raya dia! 
Hiyarghh! Rasa berkuasa. 

Bagus. Mendengar kata. Salam dan mintak ampun ya.

Disebabkan tahun ini Kakak Ani/Kak Nani/Cik Nani tidak bekerja tetap, maka duit raya korang postpone tahun depan wiwiwiwiwiwiwii~~ Dan saya telah diberi duit raya. Oleh adik sendiri. Ahahahaha...Malu ai.


Gambar keluarga. Haruslah kan. Posing kasi manis. Nanti boleh frame letak kat hall rumah.

We're missing a person here. There should be 8 of us. Apit. Selamat Hari Raya dalam jepun ape ye? Seronokkah beraya kat Tokyo? Ada lemang tak? hehehe..Nanti Kakak Ani nak Takuya Kimura satu tau. Bungkus. Ikat tepi. Mana gambar raya ko ha? Tak balik dari Tokyo lagi ka? Jangan lupa upload. Nanti Kakak Ani publish kat sini. Biar glemer walaupun takda orang baca he he he..

So, seperti lazimnya, hari raya adalah hari makan sedunia. Raya pertama kitorang tak ke mana. Sebab menunggu sedara-mara datang. Aktiviti wajib adalah basuh pinggan, hidang makan. Then basuh pinggan lagi. Then makan lagi. Ulang sampai raya ketiga ya. 

Salam Aidilfitri dari kami The Khalids!


Dari kiri (belakang atas kerusi): Diwan, Ayah, Mak, Abang, Saya, Tok.
Kiri duduk bawah: Adek, Dibah.
Missing person: Apit.


p/s: Punyalah huru-hara semua orang sampai terlupa nak amek gamba ramai-ramai semua orang lompat bintang. 

p/s ke-2: Dah abeh tulis ni baru teringat lupa nak update raya di sebelah Ayah pula. Sigh. Next entry! Hoyeah~


















1 comment:

  1. eh..sonok nyer baraya kat kampung...bukan sebarang kampung tu...sbb my kampung not exactly like your house(kampung)...sekarang semuanya dah moden...bikin rumah sana sini...aisehh...^^

    ReplyDelete