Friday, December 26, 2008

Ya. Aku Tahu Sudah Basi.


Aku salah seorang pengunjung ke RTW 8. Ini kali ke-5 aku ke siri konsert indie terbesar ini. Memang banyak perubahan maka aku setuju dengan artikel ini oleh Encik Pemikirboiprenciknawa. Sila baca. Aku malas untuk mengulang kisah yang sama (takut dikata plagiat..). Walau apapun, aku paling suka RTW 3 pada tahun 2002. Malah, aku masih simpan tiket masuk sebagai kenang-kenangan (tiada tiket untuk RTW 1 dan 2 kerana berlangsung secara percuma).

Pada ketika itu, terasa lebih pure dan tidak banyak budak lepasan sekolah yang poser dan sangka "oh-i'm-so-into-indie-scene" yang membuatkan aku rimas dengan pandangan "kau-mesti-tak-tahu-apa2" mereka sedangkan mereka itu hanya terpengaruh bila kisah-kisah indie ini terpapar melalui KAMI di kaca TV dan ditambah pula dengan siri Kami The Gig di seluruh negara yang mana lagu Laila's Lounge merupakan salah satu lagu temanya sedangkan Laila's Lounge itu sudah bubar maka mereka tidak kelihatan pada RTW 8 walhal mereka salah satu line-up yang dicanangkan, bukannya si Bittersweet itu.

Gadis-gadis juga kurang ketika itu. Rata-rata pengunjung tidak pandai "bergaya" seperti sekarang yang mana kini jika kau tidak berpakaian seperti si Emo atau si Punk (sekadar contoh), maka kau adalah si tidak-up-to-date. Untuk apa aku berpakaian lengkap dengan sweater sedangkan ini Malaysia negara khatulistiwa bukannya London mahupun Jepun? Untuk apa aku membawa beg dan juga bersepatu tinggi yang mana akhirnya kakiku dilanyak dan beg itu sendiri menjadi beban yang membataskan pergerakan? Dan untuk apa aku memakai shades sedangkan tujuan aku untuk melihat dengan terang dan jelas terutamanya pada waktu malam?

Beritahu aku, adakah ciri-ciri pengunjung gigs perlu merokok? Adakah sebab aku tidak merokok maka aku dikatakan tidak geng? Apa itu geng? Perlu adakah? Aku tidak merokok kerana aku tahu apa rasanya. Ya. Aku pernah cuba. Bukan sekali dua. Kesimpulan? Aku tidak rasa rokok itu menyeronokkan. Pahit dan rasanya seperti sia-sia. Seperti kau menganga dan makan angin di sekeliling. Sekurang-kurangnnya menganga itu lebih sihat. 

Aku penat mengulas. Di bawah ini satu-satunya gambar yang jelas. Ditangkap menggunakan kamera henfon berpixel 2.0 yang mana bila malam menjelma semua gambar kabur kerana tiada flash. Maaf. Aku belum mampu membeli SLR walaupun sudah 2 tahun aku mengidamkan. 


Di tengah itu En. Jason Lo.  Beliau kami tangkap ketika sedang berjalan-jalan menjual muka di tengah keramaian. Terima kasih Aris yang tolong ambil gambar.

Oh ya. Aku mahu berterimakasih kepada En. Aris juga kerana bersusah-payah mereservedkan 5 helai t-shirt walaupun aku minta 7. Tanpa kamu, pasti kami tidak peroleh satu pun kerana pada waktu kedatangan kami jam 6 itu, sudah pasti kami tiada rezeki. Kirim salam sama Jason Lo ya.


p/s: Jason Lo itu Muslim. Beliau convert semasa mau kahwin sama bininya yang Muslim. Kini sudah punya anak. Beliau pasti jawab kiriman salamku itu.

Friday, December 19, 2008

Kish Tag Aku

Write a blog with 10 weird, random facts, habits, or goals about yourself.

10. Semua org tahu aku suka cabut rambut. Hampir botak ni...

9. I have problem with my ears since forever. So everyone should talk to me clearly without getting mad if i ever asked u, "Come again?"

8. Aku benci budak yg baru pandai bercakap sehingga umur 10 atau 11. Mereka selalunya kurang ajar dan tidak sensitif dan mengada-ngada. Budak sekolah menengah dan baru lepas sekolah juga aku benci. They're such an eyesore. Enough said.

7. I love watching guys with good looks. Sekali-sekala mata harus dicuci. I can even spot them with a glance. My specialty. 

6. I had so many crushes since Standard 5. Let's say.. 1 per semester? Do the math! But I normally did not have the guts to make the move. I can't stand rejection.

5. I hate drivers from Penang and JB the most. Sorry. They're reckless, selfish and inconsiderate. Aku tau kau bagus. Aku harap kau eksiden di depan jalan itu nanti.

4. I hate the government most of the times. Not that my dad is a PAS member, I found them to be negligance towards the people's necessities. Public transport pun macam haram ada hati nak suruh orang naik. Insufficient infrastructure and facilities. Orang nak berjalan pun tak selamat. Sibuk gaduh pasal signboard banyak bahasa, padahal signboard kat jalan-jalan raya tu banyak tak lengkap. (Aku selalu sesat..sial la..). We pay the taxes. Do the job la.

3. Aku suka makanan pedas dan masin. Air pula aku suka yang masam-masam. Air paling benci: milo dan soya. Aku kurang minat makanan manis. Aku makan coklat tapi aku tak suka bila dah jadi benda-benda lain macam kek coklat, roti, biskut etc. 

2. Gigi depan aku ni ada satu yang palsu. Masa darjah 5 aku terlanggar dinding semasa berlari2 gelak ketawa. Satu gigi depan patah separuh. My biggest regret.

1. Saya gemuk.  Dan saya sebenarnya tidak suka fakta itu tetapi jrg melakukan sesuatu supaya perubahan terjadi.



Aku tag mereka yang sengaja baca atau terbaca entri ini. Yang dah pernah buat pun aku tag. Sebabnya, aku tak tau pun sape yang baca. Blog ini masih suci. Belum banyak yang "menyentuhnya".

Wednesday, December 17, 2008

Hari Yang Kelam

Semalam...

Aku: Esok aku ke rumah ko. kite grak awal. dlm pg mcm tu.aku nk tgkap2 gamba pastu kite p hang tuah then p beli tiket kat bb.

Fatin: Baik. ko amek la aku di rumah. then kite g same. kol bape?

Aku: Dlm kol 9, 10 ke..

Fatin: haa..nnt nk grak roger la aku.

Aku: Baik.

Tayan: Musok. Sok ko nk pi beli tiket katne? Kol bape?

Aku: Hmm..x sure lg. apsal?

Tayan: Aku dari umah aku kat Kepong ni. Ingat nk hangout ngn ko dulu before blk. 

Aku: Haa..ok. tp dtg la awl sket. aku ngn fatin igt nk grak awl. dlm kol 10 mcm tu..

Tayan: Ok. Nnt aku roger ko. Amek aku kat lrt ar.

Aku: Baik.


Hari ini....jam 1.30 PTG.

Aku: Tayan! Ko katne?? Aku baru bgn!!

Tayan: Ceh!Pdn aku kol tak jwb. Aku dlm komuter ni. Kang nk naik lrt aku roger.

Aku: Haa..Ok.ok.

Aku: Fatin!!Aku baru bgn!!

Fatin: Aku pon!!Ko siap2 la.

Aku: Baik. Aku tunggu Tayan skali.


Kemudian, slps ambil Tayan di lrt aku bwk dia pulang ke rumah. Lunch lps tu menunggu2 Dibah dan aku pulak bersiap. Sedar2 dah pukul 3.30. Kami berlari ke kereta dan memecut ke rumah Fatin. Tetapi selaju mana pun ttp akan tersangkut di MRR2 di Maluri itu. Sampai aja sudah jam 4.15.

Duduk kejap, Mak Ngah( mak Fatin) suruh pergi pos barang di Stesen Keretapi KL. Ngada sungguh pos guna ketapi. Cacat lg program hari ini. Jam 5 kami bergerak, setibanya di stesen dah nak pkl 6. Last2, cancel ambil gambar, cancel gi hang tuah, trus decide pergi ke BB. 

Park kat Times Sq, berjln ke sg. wang, kononnya ade 1 kedai je kat situ yg jual tiket. Sampai kat sane, kedai tu ckp tket dah abes, tak ckp.DAMN. 'Tp cik, kat Times SQ ade byk lagi, pergila sane'. Times Sq?? Times SQ????? wtf...


p/s: akhirnya misi yg tercapai hanyalah membeli tiket RTW yg diidam-idamkan.




Tuesday, December 16, 2008

Pertama Kali

Apa yg perlu ditulis di awal2 perkenalan kepada blog ini ya? Ya.blog.Secara rasminya aku menulis blog pada hari ini. Bukan aku tdk mahu menulis sebelum ini, cuma kadang2 aku tak tau mcm mana nak gambarkan apa yg aku rasa dlm bntk penulisan. Aku bukan puitis. Aku juga bkn kalangan yg tau mengukir bahasa2 indah buat tatapan umum. Maka, entri2 yg selepas ini pasti dipenuhi karutan2 (mahupun carutan) drpd kehidupan sehari-hari aku. I guess I'll just have to warm this page up a little bit here and there. Supaya beliau lebih cantik. Sekian.