Friday, December 26, 2008

Ya. Aku Tahu Sudah Basi.


Aku salah seorang pengunjung ke RTW 8. Ini kali ke-5 aku ke siri konsert indie terbesar ini. Memang banyak perubahan maka aku setuju dengan artikel ini oleh Encik Pemikirboiprenciknawa. Sila baca. Aku malas untuk mengulang kisah yang sama (takut dikata plagiat..). Walau apapun, aku paling suka RTW 3 pada tahun 2002. Malah, aku masih simpan tiket masuk sebagai kenang-kenangan (tiada tiket untuk RTW 1 dan 2 kerana berlangsung secara percuma).

Pada ketika itu, terasa lebih pure dan tidak banyak budak lepasan sekolah yang poser dan sangka "oh-i'm-so-into-indie-scene" yang membuatkan aku rimas dengan pandangan "kau-mesti-tak-tahu-apa2" mereka sedangkan mereka itu hanya terpengaruh bila kisah-kisah indie ini terpapar melalui KAMI di kaca TV dan ditambah pula dengan siri Kami The Gig di seluruh negara yang mana lagu Laila's Lounge merupakan salah satu lagu temanya sedangkan Laila's Lounge itu sudah bubar maka mereka tidak kelihatan pada RTW 8 walhal mereka salah satu line-up yang dicanangkan, bukannya si Bittersweet itu.

Gadis-gadis juga kurang ketika itu. Rata-rata pengunjung tidak pandai "bergaya" seperti sekarang yang mana kini jika kau tidak berpakaian seperti si Emo atau si Punk (sekadar contoh), maka kau adalah si tidak-up-to-date. Untuk apa aku berpakaian lengkap dengan sweater sedangkan ini Malaysia negara khatulistiwa bukannya London mahupun Jepun? Untuk apa aku membawa beg dan juga bersepatu tinggi yang mana akhirnya kakiku dilanyak dan beg itu sendiri menjadi beban yang membataskan pergerakan? Dan untuk apa aku memakai shades sedangkan tujuan aku untuk melihat dengan terang dan jelas terutamanya pada waktu malam?

Beritahu aku, adakah ciri-ciri pengunjung gigs perlu merokok? Adakah sebab aku tidak merokok maka aku dikatakan tidak geng? Apa itu geng? Perlu adakah? Aku tidak merokok kerana aku tahu apa rasanya. Ya. Aku pernah cuba. Bukan sekali dua. Kesimpulan? Aku tidak rasa rokok itu menyeronokkan. Pahit dan rasanya seperti sia-sia. Seperti kau menganga dan makan angin di sekeliling. Sekurang-kurangnnya menganga itu lebih sihat. 

Aku penat mengulas. Di bawah ini satu-satunya gambar yang jelas. Ditangkap menggunakan kamera henfon berpixel 2.0 yang mana bila malam menjelma semua gambar kabur kerana tiada flash. Maaf. Aku belum mampu membeli SLR walaupun sudah 2 tahun aku mengidamkan. 


Di tengah itu En. Jason Lo.  Beliau kami tangkap ketika sedang berjalan-jalan menjual muka di tengah keramaian. Terima kasih Aris yang tolong ambil gambar.

Oh ya. Aku mahu berterimakasih kepada En. Aris juga kerana bersusah-payah mereservedkan 5 helai t-shirt walaupun aku minta 7. Tanpa kamu, pasti kami tidak peroleh satu pun kerana pada waktu kedatangan kami jam 6 itu, sudah pasti kami tiada rezeki. Kirim salam sama Jason Lo ya.


p/s: Jason Lo itu Muslim. Beliau convert semasa mau kahwin sama bininya yang Muslim. Kini sudah punya anak. Beliau pasti jawab kiriman salamku itu.

7 comments:

  1. saya sangat bersetuju ulasan kamu untuk tahun ini..hurm menyampah kan..

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    menyampah ade..tp masa kat sane x galak pulak aku ni..

    ReplyDelete
  3. wahh..arini baru ku tahu jlo tuh muslim..kenapa die xconvert sebab nk kawen ngn sy?huhu..atiku pecah lg..
    p/s: lompat2 blog n terjumpe blog ini..

    ReplyDelete
  4. i ddnt know he was a muslim. thats nice to hear. aini. i really like this post. rasa it comes from the heart hehe.

    ReplyDelete
  5. aku baru tahu dia muslim
    :D
    ya aku menyampah gila wannabe's
    indie konon.

    ulasan yang bagus

    ReplyDelete
  6. mr hafis.
    saya di kanan sekali. yg lain itu adik-adik dan cousin.

    stu_comot.
    welcome!welcome!
    ya..kenapa dia tak convert masa jumpa aku..

    Kish.
    ini perasaan meluap-luap lepas balik RTW.
    sangat banyak kanak-kanak ribena.

    Bakri.
    aku pun baru tau dia muslim.
    terima kasih for stopping by :D

    ReplyDelete