Friday, February 27, 2009

Bila Hati Mengecil

Malas lah aku nak update blog ni. Kecik hati dengan broadband (jahanam kau celcom!). Jangan kata nak upload gambar, nak save tulisan ni pun aku sibuk kena tekan butang refresh. Dah banyak kali dah buat report. Tapi operator kata line excellent. Memang lah. Dah duduk dekat dengan pencawang. Tu maksudnya network atau program atau watevershit kau la kot yang problem. Sial la. Silalah siasat dan buat kerja kau bila ramai orang dah report berjuta kali. Facebook pun susah nak masuk. Torrent lagi la jangan cerita. 1 movie seminggu nak download. AAAAaaaaaaa..!!

Aku bayar ok! RM68 per month. Memanglah yang murah but it's still money we're talking here.

Macam mana nak bercerita tentang minum kopi di Kluang, bermandi-manda di Sagil dan camping di Berkelah ni? Tanpa gambar rasa tak sempurna lah cerita. Tak dapatlah nak menjeleskan orang. Macam mana? AAaaaaaaa....!!!

Jangan sampai aku meroyan kat opis kau!!

Thursday, February 19, 2009

Insomnia.

Pergilah kau! Sebab kaulah aku dah tak kenal pagi. Bangun tengah hari kepala berat. Malam berjaga je. Letihlah. Nak buat kerja jangan haraplah. Aku nak tido malam. Tapi bila pejam mata rasa takut. Takut bila bukak mata semula nanti nampak "yang lain". Oh what the f..!! Giler klise hahah..Ada beberapa kemungkinan. Tapi statement baru dari Cik Ili dalam sms malam tadi menyentap kegagahan aku. Eceh. 

SMS jam 11.58 malam tadi dari Ili: Aini. Memang room kita ada something wrong.
Aku (panic): U mean our rooms or your room? Shit. Time to freak out.
Ili: Tak tau mine or ours. Tapi hari tu Akak **** tu, dia kata bilik kita ade something. Next week dia datang tengok bilik.
Aku: (panic langsung tak reply).
Ili: Oi bukan nak takutkan. Takut ke ehehe..Awak tau tak kenapa cawan kita pecah?
Aku: Yang kitorang kutip kemas tu ke?
Ili: Ha ah. Yang tu. Sebab kita selalu nampak something then toleh takde ape. Kite geram, kita baling cawan. Macam orang gila dah kita dok situ. Tak tau lah bilik ke, atau kita.

Dan aku tak tido sampai pagi. Kitorang memang penakut. Shadap you! Sekian.
 

Monday, February 16, 2009

V Day? Wow!

Sibuk sungguh kawan-kawan aku di Hari Kekasih. Aku juga. Tapi bukan celebrate pun. Sibuk berjalan. Berkelah di air terjun Sagil dan cuci mata di Banda Hilir buat hati aku senang. Rasa puas dan beban macam hilang bila berada di luar JB. Hari sebelumnya pula ke Kluang. Sibuk aku ni nak rasa kopi atuk2 kat sana. Ok. Lain kali aku cerita. 

Hari ini mau cerita tentang Valentine's Day. Aku tak berapa pasti kisah yang betul macam mana. Ada banyak versi pulak tu. Ada yang kata V Day ni berkisar tentang paderi bernama Valentino yang pernah mengetuai bala tentera Kristian menumbangkan kerajaan Islam dulu kala. Kisah lain pula kata dia ni kahwinkan pasangan yang tak dapat restu atau terlanjur. Jadi bila dia ni mati pada 14 Februari, tarikh ni digunakan untuk memperingati dia yang kononnya berjasa dan memperjuangkan cinta terlarang. Satu pun aku tak pasti. Abaikan.

Tapi aku personally tak celebrate pun V Day. Aku tak rasa wajar orang2 Islam mengagung-agungkan hari tersebut kalau dah begitu kisah di atas. Kononnya, kau kata nak tunjuk kasih sayang? Apa hari2 lain kau tak sayang kah? Ada yang kata tak semestinya dengan kekasih je. Mak, ayah, adik beradik dan kawan2 pun boleh. Tapi perlu ke alasan V day untuk bagi hadiah? Aku setiap kali balik pun bawak buah tangan. Kalau berjalan merata, mesti nak beli souvenir untuk kawan2. Tak perlu tunggu pun hari ibu/bapa maupun V day. Kalau rasa nak bagi mereka happy dengan hadiah, bagi aja bila2 pun.

Orang kata aku poyo bila aku cakap dua ayat pertama perengggan kat atas ni. Orang jadi sinikal, kata aku kolot bila aku cakap celebrate V day is lame. Memang pun. Budak sekolah je yang galak sambut V day ni. Tapi, siapa yang tak suka kan kalau dapat hadiah, coklat, bunga ke. Helo. Aku juga perempuan. Kalau aku ada kekasih, aku mau dia bagi hadiah, bawak makan tempat2 gembira tiap2 bulan. Rasa lebih bermakna kalau dia ingat aku sentiasa. Bukan pada V day aje. Bolehkah begitu? *sigh~


p/s: Ini opnion aku. Tak perlu betul pun pada kau. Sekian.

Saturday, February 7, 2009

Mahu Tapi Tak(Belum...) Mampu

Lama tak update blog. Apa kabar Encik Giddy Up? Kesian kamu kena marah sebab ketinggalan. Nak cerita apa lagi kalau tiap2 minggu ada sesi teh o dan makan malam beramai-ramai. 

Ok. Disebabkan nak cerita pasal isu semasa dunia tak berapa nak pandai, maka mari kita lihat konflik diri sendiri. Krisis sekarang: nak beli barang tapi tak boleh beli semua sekali satu masa nanti duit habis. So kita cuci mata dulu tengok2 apa barang yang aku mau buat masa sekarang (perhatian: senarai barang2 mungkin berubah dari masa ke semasa)

1. Anna Sui's Flight of Fancy :ni mungkin boleh beli dlm masa terdekat.
2. Nikon DSLR. Target D80 dulu berserta flash dan lens: Nak beli d80 seketul pun kena fikir. Macam mana nak beli d300? Lagipun nak penuhkan ilmu di dada dulu. Asah skill dulu la. Pinjam slr Balkish atau si Kelilah dulu la. Nawar pun boleh juga. Selebihnya kemera hanfon. (Digicam aku dah tamat riwayat  *sigh)




3. Laptop: Tak kisahlah yang mana2. Asalkan specs mantap boleh tahan kerja2 grafik 3d apa semua. Dan tahan lama sudah tentu. Tak tertahan pakai pc klasik. Ayah. Mana janji2 manismu?



Itu aje buat masa sekarang. Benda2 lain belum terliur. Bajuselaurskirtaksesorispender apa semua itu lumrahlah. Setiap masa pun mau. Tapi bila fikir balik, semua barang tu jumlahnya adalah dalam RM7-10 ribu. Kalau nasik + lauk, sepinggan = RM3.50. 10 ribu ringgit dah boleh dapat 2857 pinggan. Maknanya aku dah boleh bagi 2857 org makan. 2857 orang! Tu kalau aku sorang hulur RM10ribu. Kalau 100 orang? 1000? sejuta? satu dunia?? 

Aini. Insaflah. Kat luar tu banyak lagi orang kebulur. Kau sibuk2 nak beli benda mahal2. Bersyukurlah dengan apa yang ada dulu. Lebih baik kau menderma. Ingat kat orang2 yang lebih susah (aku selalu rasa bersalah bila beli benda2 mahal..atau selepas berpoya2 dengan dahsyat). Dahlah beli bra spender pun pakai duit mak bapak. Esok2 dah kerja pandai2 lah kau.

Oleh itu, kawan-kawan. Mari kita menderma. Ni konon2 aku menjalankan tanggungjawab la sebagai manusia. Saja aku nak ajak korang jugak. Orang lain dah lama berkempen kutip derma, ingat-mengingati pasal Palestin yang diserang si zionis (bangsa ni memang Allah dah laknat. Memang tak cium syurga la kau). Aku pun bukan mampu sangat. Ni aje yang terdaya. Mari kawan2 saya. Mari sama2 lihat, sama2 insaf lalu bertindak.

Pada mereka yang nak menderma, ni NSTP dan Maybank punya Fund for Gaza:

1. Kau bank-in atau transfer duit kau tu kat Maybank akaun : 514105-320501. Tulis atas nama NSTP Fund for Gaza.
2. Tulis cek untuk NSTP Fund for Gaza, hantar kepada NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
3. Tak pun kau bagi je derma cash kat mana2 cawangan NSTP seluruh negara. Kat alamat atas ni pun boleh juga.

Yang mana nak pakai Maybank2u.com:
1. Login M2U
2. Select "Accounts & Banking"
3. Select "New 3rd Party Account Transfer"
4. Request for TAC
5. Key in "To 3rd Party Account Number"  514105-320501

Susah2 sangat, kau derma aje lah kat mana2 tabung yang ada merata-rata tu. Ikhlaskan aje hati itu. Jangan lupa derma untuk rakyat kita jugak. Masih banyak yang kais pagi petang. 

Oh. Kalau konon tak mampu sangat, boikot aja barangan mereka. Dah boleh save duit = derma  :D
Sila rujuk untuk senarai barang2 boikot:  http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


Sekian laporan hari ini.


p/s: Berukband macam babee. Asyik tendang aku kat ym. Nak load gambar sekat2. Tak boleh komplen lebih2 sebab bukan aku punya.