Saturday, February 7, 2009

Mahu Tapi Tak(Belum...) Mampu

Lama tak update blog. Apa kabar Encik Giddy Up? Kesian kamu kena marah sebab ketinggalan. Nak cerita apa lagi kalau tiap2 minggu ada sesi teh o dan makan malam beramai-ramai. 

Ok. Disebabkan nak cerita pasal isu semasa dunia tak berapa nak pandai, maka mari kita lihat konflik diri sendiri. Krisis sekarang: nak beli barang tapi tak boleh beli semua sekali satu masa nanti duit habis. So kita cuci mata dulu tengok2 apa barang yang aku mau buat masa sekarang (perhatian: senarai barang2 mungkin berubah dari masa ke semasa)

1. Anna Sui's Flight of Fancy :ni mungkin boleh beli dlm masa terdekat.
2. Nikon DSLR. Target D80 dulu berserta flash dan lens: Nak beli d80 seketul pun kena fikir. Macam mana nak beli d300? Lagipun nak penuhkan ilmu di dada dulu. Asah skill dulu la. Pinjam slr Balkish atau si Kelilah dulu la. Nawar pun boleh juga. Selebihnya kemera hanfon. (Digicam aku dah tamat riwayat  *sigh)




3. Laptop: Tak kisahlah yang mana2. Asalkan specs mantap boleh tahan kerja2 grafik 3d apa semua. Dan tahan lama sudah tentu. Tak tertahan pakai pc klasik. Ayah. Mana janji2 manismu?



Itu aje buat masa sekarang. Benda2 lain belum terliur. Bajuselaurskirtaksesorispender apa semua itu lumrahlah. Setiap masa pun mau. Tapi bila fikir balik, semua barang tu jumlahnya adalah dalam RM7-10 ribu. Kalau nasik + lauk, sepinggan = RM3.50. 10 ribu ringgit dah boleh dapat 2857 pinggan. Maknanya aku dah boleh bagi 2857 org makan. 2857 orang! Tu kalau aku sorang hulur RM10ribu. Kalau 100 orang? 1000? sejuta? satu dunia?? 

Aini. Insaflah. Kat luar tu banyak lagi orang kebulur. Kau sibuk2 nak beli benda mahal2. Bersyukurlah dengan apa yang ada dulu. Lebih baik kau menderma. Ingat kat orang2 yang lebih susah (aku selalu rasa bersalah bila beli benda2 mahal..atau selepas berpoya2 dengan dahsyat). Dahlah beli bra spender pun pakai duit mak bapak. Esok2 dah kerja pandai2 lah kau.

Oleh itu, kawan-kawan. Mari kita menderma. Ni konon2 aku menjalankan tanggungjawab la sebagai manusia. Saja aku nak ajak korang jugak. Orang lain dah lama berkempen kutip derma, ingat-mengingati pasal Palestin yang diserang si zionis (bangsa ni memang Allah dah laknat. Memang tak cium syurga la kau). Aku pun bukan mampu sangat. Ni aje yang terdaya. Mari kawan2 saya. Mari sama2 lihat, sama2 insaf lalu bertindak.

Pada mereka yang nak menderma, ni NSTP dan Maybank punya Fund for Gaza:

1. Kau bank-in atau transfer duit kau tu kat Maybank akaun : 514105-320501. Tulis atas nama NSTP Fund for Gaza.
2. Tulis cek untuk NSTP Fund for Gaza, hantar kepada NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
3. Tak pun kau bagi je derma cash kat mana2 cawangan NSTP seluruh negara. Kat alamat atas ni pun boleh juga.

Yang mana nak pakai Maybank2u.com:
1. Login M2U
2. Select "Accounts & Banking"
3. Select "New 3rd Party Account Transfer"
4. Request for TAC
5. Key in "To 3rd Party Account Number"  514105-320501

Susah2 sangat, kau derma aje lah kat mana2 tabung yang ada merata-rata tu. Ikhlaskan aje hati itu. Jangan lupa derma untuk rakyat kita jugak. Masih banyak yang kais pagi petang. 

Oh. Kalau konon tak mampu sangat, boikot aja barangan mereka. Dah boleh save duit = derma  :D
Sila rujuk untuk senarai barang2 boikot:  http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


Sekian laporan hari ini.


p/s: Berukband macam babee. Asyik tendang aku kat ym. Nak load gambar sekat2. Tak boleh komplen lebih2 sebab bukan aku punya.

 

14 comments:

  1. hahaha...hasilnyer...dpat save dwet dr gi sunburst ngan tiket yg beharge rm143...or rm203 to be...

    ReplyDelete
  2. itulah hasilnya bila line up macam pegi tenguk gig dekat city plaza..

    ReplyDelete
  3. Gambar camera tu tak tahannnnn.. Siap lens berato bagai hahahhahaa

    ReplyDelete
  4. Gila panjang aini menulis.
    hahaha.

    ReplyDelete
  5. sAyer,
    aku hampa.

    lullaby,
    aku hampa x2

    ili,
    tu kira beli satu set sekali jln semua.
    *mimpi la kau aini*

    YMF,
    ni kira stok 2 minggu.
    kene pulak tag dgn cik nawa.
    *sigh~

    ReplyDelete
  6. omg. awak nak mac air ke? tak boleh belah! hahahhahaha. nak gak....zzzzzz

    *kish derma merata2 syilling

    ReplyDelete
  7. kish kenapa awk derma syiling merata-rata.pemurah budaknya.

    Aini,perfume tu pon sana nak jugak. Sedapnya bau dia.

    -ama

    ReplyDelete
  8. pgl ni...mengambil semangat kamu semua

    ReplyDelete
  9. Cik2 YMF,
    gedik la korang pakai nick yg sama.

    Kish,
    kite nak mac air tp seketul mau 7, 8 ribu.

    Ama,
    bau dia fresh saya suka! Saya ade substitute perfume-Body Shop's Cherry Blossom.
    BTW, Kish nak dispose syiling je sbnrnye ahaha..

    Lullaby,
    suka sangat buat iklan ye.
    kamu pergi tak?join tak?

    ReplyDelete
  10. mac air dalam awalan rm6k sahaja.

    machines klcc sedang buat promosi. pergilah melihat-lihat.

    ReplyDelete
  11. mr. hafis,
    bila pulak aku ni nak blk kl.sad.

    nawa,
    aku pun.bosan ah dok bilik.

    ReplyDelete