Sunday, March 22, 2009

Adik.

Semalam, Dibah ada cerita pada aku. Kisah mak dan adik. 

Kata mak, adik bagitau dia mau duduk dengan mak. Tak mau pergi asrama. Adik sekarang dah Darjah 6. UPSR bulan 9 ni kalau tak silap. Aku fikir, dasar anak bongsu. Mengada. Manja. Rasa mau pijak bila dia cakap macam tu. Tapi, aku menyesal bila fikir macam tu. 

Sebab katanya, dia nak duduk dengan mak, tak mau pergi asrama sampai dia SPM nanti. Sampai dia dah habis sekolah. Katanya lagi, "Itupun kalau sempat..."

Tersentap, aku rasa pedih kat dalam. Tak dapat teka pula macam mana mak rasa masa tu. Tapi aku dapat bayang mak mesti menangis. Tapi dalam hati. Tak sanggup nak tunjuk depan adik bila dengar dia cakap macam tu. Lagi-lagi bila sekarang dia terpaksa pakai mesin apa ntah, cucuk di perut untuk masukkan ubat bagi mengeluarkan iron berlebihan dalam badan dek selalu kena masukkan darah setiap bulan. Selang satu malam perlu pakai mesin tu. Kesian bila tengok adik macam tak selesa nak tidur bila kena pakai benda tu. 

Kata mak, adik patut kena bedah. Untuk apa aku tak tau. Aku cuma tau ada organ (splinth ke apa ntah..) membengkak. Patut dah kena buang. Tapi doktor masih nak tunggu progress. Ada kemungkinan organ tu boleh mengecut ke asal. 

Adik pernah cakap dia takut nak kena bedah. Padahal dia dah beberapa kali masuk bilik pembedahan. Ada air mata bergenang bila dia cakap tu. Suara dia bergetar antara dengar tidak. Ada takut yang amat. Ada berat dalam tutur dia. Tapi masa tu aku tak sedar pun semua tu. Aku abaikan. Biasalah. Budak kecik. Bongsu. Mengada je. Dan dia senyap je bila aku tak layan. Dia katup-katup balik air mata, tak nak aku nampak. Sekarang bila fikir balik, baru aku nampak. Sejelasnya. 


Tiba-tiba aku juga rasa takut.




p/s: Adik penghidap thalessemia. Sorang lagi abang dan adik lelaki aku juga sama. Dan aku seorang pembawa. 





Aku tau orang mesti kata cerita ni tipikal. Ya. Aku tak pandai nak gambarkan dalam bentuk kata-kata apa yang aku rasa. Tak kisah lah apa kau fikir. Klise? Tepat sekali.


12 comments:

  1. semua kuasa Allah. doa adalah senjata oramg mukmin... Semoga sihat dan bahagia semula hendaknyer...

    ReplyDelete
  2. aini . actually aku kagum dengan ko ni senyap2..

    ReplyDelete
  3. aini.

    entri kau ni buat aku tersentak. masih ramai kita yg belum get tested for talasemia. aku pun belum (sebahagian kerana aku takda kesedaran, sebahagian kerana aku takut. sekarang aku dah ada kesedaran, tapi masih takut)

    btw, apa beza penghidap dengan pembawa?

    ReplyDelete
  4. guys,
    thanks ye. baru2 ni je adik start pakai mesin tu. harap2 tak lama.

    nawa,
    takkan la aku nak jaja cerita ni di mana2. rasa macam minta simpati pulak kang. ni sapa yg baca je la yg tau.

    kid,
    penghidap=dia sakit.
    pembawa=tak semestinya sakit. tapi kau bwk penyakit tu dlm gen. kalau bini kau ade gak chances untuk anak kau sakit tinggi.

    kawan2. sila pegi cek. skrg ni talasemia sangat famous. tak macam masa aku kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  5. aini
    act kt mrh kau ms kau citer apa itu talasemia, ak ak sedar apa itu penyakit tu

    ada iklan kt tv, ak amik mudah agaknya

    tp melihat adik kau pakai alat kt perut dgn umur 12 thn, rasa mcm terlalu kesian

    mcm tgk adik ak umo 10 thn (skrg dh 20 thn) cucuk insulin kt perut, mcm tu la ak rs...

    kdg2 adik ak mengada2, ak ckp eiiii dia ni mengada2 la, tp kite org sihat mana tau mcm mana org sakit punyer rasa... adik ak diabetes dari umur 10 thn... sampai skrg enjet, dia ank bongsu

    so skrg, ak ikut je kehendak adik, nk beg, jam walaupun sekadar jam pasar mlm...

    takut sentiasa berlegar disekeliling ak kalau sebut nama adik ak...

    bahagiakan mereka... itu je kite mampu...

    ReplyDelete
  6. aku patut lebih bersyukur dengan kehidupan aku sekarang..

    ReplyDelete
  7. simpati kepada adek. adek kamu boleh sihat. minda kena kuat bagi rangsangan pada dia dan segala pasti okey.

    saya cadangkan adek kamu buat sahaja spinalectomy itu. tapi saya bukan doktor. ;)

    ReplyDelete
  8. Mael,
    walaupun adik aku pakai mende tu nampaknya dia still bahagia hahahah~

    nawa,
    ye.bersyukurlah.jgn dikenang apa yg dah berlaku. semuanya hikmah.

    mr carl arif,
    wah! sang penulis kedua. kamu sudi singgah
    *terharu* terima kasih.
    btw, doctor sedang monitor adik sebelum mengambil apa2 tindakan seperti anda sebutkan.
    nnt saya update kamu kalau kamu singgah lagi.

    ReplyDelete
  9. apa khabar adek kamu? harap dia sihat. :D

    blood transfusion tiap-tiap bulan amat merimaskan sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. mr. carl arif,
    adik sihat.sedang bergembira dgn mesin di rumah.
    mmg rimas blood transfusion tu.
    dah la satu hari kena duduk di hospital.
    berjuta kali pegi kencing buang iron.
    lenguh tangan pulak tu.

    ReplyDelete