Wednesday, March 4, 2009

Aku Tak Sehebat Kau

Tahniah si cacat Dibah. Kau telah membuktikan kau si cacat terunggul. Buat masa ni lah. Aku takde duit nak bagi kau hadiah. Sejak family kita jatuh miskin ni aku sendiri terpaksa catu perbelanjaan. Cuma hari tu terover pulak belanja. Nak kena bayar duit ke Redang dan event2 lahanat ditambah dengan buku-buku apa wajib beli di neraka UTM ni. Oh. Aku tau. Hadiah untuk kau adalah...jeng jeng jeng~ duit hutang kau bernilai RM500!Dibayar secara ansuran bulanan dimulakan dengan jumlah RM300! woohhooo~ Wah. Banyaklah duit kau. Belanja aku makan.

Siapa Dibah? Kenapa mau tahniah kepada beliau? Dibah atau nama saintifiknya Sarah Adibah dari familia Khalid merupakan spesies banyak ditemui di tepi-tepian menjual muka di kala sepi. Sudah hidup selama hampir 22 tahun. Otaknya lambat berkembang tetapi baru-baru ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan (selain lemak yang bertambah) melalui pemerhatian dan kajian yang dijalankan selama 3 tahun di sekitar kampus Universiti Teknologi Petronas di ulu Tronoh. 

Dilepaskan bersama kawanannya pada sekitar 2006, kini beliau kembali dengan riaknya membawa bersama keputusan kajian dengan bacaan penuh 4.0 dan disayangi dekan selama 2 penggal berturut-turut, setelah hampir gagal pada tahun kedua gara-gara dijangkiti denggi berdarah yang menyebabkan beliau bersalin kulit. Kejayaan yang diharap tidak bersifat sementara ini membanggakan familia Khalid sementelah kebanyakannya tidak mampu mencapai tahap itu lalu terkulai layu pasrah ditimpa takdir. Ini diharap dapat menjadi pedoman kepada spesisnya yang berada di serata tepian seluruh negara. Tahniah diucapkan. Selamat maju jaya.

Maaf. Takde gambar. Kau boleh tuding jari ke internet yang semakin babihutan. * Middle finger*
Lain kali aku upload.


p/s: Kalau Dibah baca- Ye. Kau hebat. Cuba grad dulu dari aku pulak.




5 comments:

  1. universiti teknologi petronas? apekah?

    ReplyDelete
  2. saya sedang ketawa berguling-guling.

    ReplyDelete
  3. chillsberry,
    tu tempat Dibah kembangkan otak.

    mr. hafis,
    dah la lama senyap, alih2 berguling di tempat orang.

    ReplyDelete
  4. nawa,
    ko picit la dibah tu. dia tahan gigitan jugak.

    ReplyDelete