Thursday, April 30, 2009

Masa Hypertensi Tamat.

Tak percaya! Dah habis present. Tinggal hantar report. 5 tahun. Akhirnya!
Tapi kenapa rasa tak excited macam yang sepatutnya? Takut nak kerjakah? Mungkin.
Tapi belum apply kat mana2. Abaikan.

Lama tak cakap hai pada kamu si giddy up. Seronokkah diam2 saja? 
Sekarang ada macam2 isu tapi kalau usik nanti ada yang terasa. Jadi, sebagai warming up kepada giddy up yang lama ditinggalkan, kita bercakap tentang perkara berjalan2 tapi tiada duit. Tak apa. Berangan adalah percuma, bak kata Amalina. 

Nak berjalan ke utara bulan Jun ini. Ada hajat. Sambil2 kita pusing utara. Saya mau ke Penang kawan2. Mau ke Kedah juga. Jom mandi pantai? Shopping tempat2 authentic. Atau bercamping?

Berangan..berangan..berangan..



p/s: hari tu aku beli buku-  I Luv Malaysia; A Comprehensive Travel Guide. Nak hafal lah.





Wednesday, April 15, 2009

Kecoh ah thesis.


Nak submit board 24 April ni.

17 ni kau sibuk lak mintak report, soft bound. 
Bukan akhir sem nanti nak kena hantar jugak ke? 

Aku nak letak apa lagi kalau design pun tak siap lagi?
Kau nak tengok apa lagi? Macam tak faham-faham pulak orang tengah busy buat board ni.
Perangai student pun tak tau lagi ke?

Tunggu siap hantar board semua nanti kau tengok lah puas-puas. Buat harta pun takpa.
Aku pun tak mau hadap dah.
Board, report, presentation, mahu pun muka kau.

Saturday, April 11, 2009

Surat Untuk Kamu.

Dear Jelitawan Sembilan,

I sincerely apologize for causing a little trouble the other day. I didn't mean to. I was out to fix my beloved cellphone and wasn't aware you were all looking for me like crazy when the stupid hostel decided to have a so-called fogging session. No. I wasn't at my room. I was safe and sound outside with Fatiha and karaoke machine and buffet dinner. Thanks for having a thought of me. I really appreciate it. 

I may not have the right words to express my gratitude to all of you, but I hope you will keep doing the thing you did like the other day. It means a lot. It shows me I am not as alone as I used to think.

You loves are sweet lots. Thanks for holding my hands all this while. 


Love,'
Aini Khalid.




Footnote: Excuse my broken english.



p/s: Biarla aku tulis omputih sekali sekala.

Thursday, April 9, 2009

Percutian Terakhir.

Untuk para jelitawan multi-talented. Mungkin akan ada lagi selepas ini. Tapi rasanya boleh buat family day dah kot lain kali. 

Bukan senang dapat berkumpul semua sekali dan berjalan jauh-jauh. Ura-ura dari semester lepas, perancangan dari awal semester, main "tarik-tali" berbulan-bulan, akhirnya sampai juga ke pulau. Tapi sayangnya tertinggal juga sorang. Zati, rugi kamu. Sila jeles tenguk gambar kitorang. Oh. Ada ole-ole untuk kamu. Harap Dya dah bagi.


Lokasi: Wisana, Teluk Kalong, Pulau Redang, Terengganu.
Tarikh: 4-6 April 2009, Sabtu-Isnin.






Thanks Azmiboifenkepadaili sebab bagi kitorang join. Thanks jugak for the beautiful photos. Harap next time kalau pergi mana-mana sila lah ajak. I'll definitely say yes. Thanks kepada mereka-mereka yang memberi layanan kepada kami walaupun kami hanya si drebar lori. 

Spectacular island. Beautiful people. Indigested food. What's there left to say? It was such a wonderful moment to cry on.


p/s: Kepada sesiapa yang mau ke Perhentian atau Redang secara bajet, sila berhubung dengan saya atau Cik Nawwar Farouk untuk rundingan. We can give you a fair price accordingly. Allright?


Friday, April 3, 2009

Sign Off.

3, 4 hari aje ok. Lepas ni aku sambung lah balik buat kerja. Asyik kerja tanpa mau fikir benda yang lain...kau tiada hidup kah? Kau akan kerja untuk sebahagian besar hidup kau. Jangan rasa bersalah kalau kau bergembira hari ini.

Oh. Ada peraturan kalau pergi bergembira : 
JANGAN DIKENANG, JANGAN DISEBUT TENTANG PERKARA KERJA.


Kalau berani kau sebutlah depan aku masa aku sedang bergembira.



p/s: Inilah masanya nak guna kuasa kad matrix habis-habisan. Pergi mana-mana dapat diskaun. I like.

Wednesday, April 1, 2009

Tolong Jangan Serabutkan Aku.

Siapa kau untuk hakimi tingkah yang lain? 
Siapa kau untuk katakan akalmu saja yang panjang? 
Adilkah jika kau hanya melihat dengan sebelah mata? 
Kenapa kau tulikan setiap kata yang lain? 
Kau bisukan lidah-lidah yang berhak. 

Tidak layakkah mereka? 
Hina sangatkah?
Hanya kerna mereka berbeda?
Atau karna mereka tidak mampu menggapai angkuhmu? 

Manusia. 
Bila kepalanya di langit hatinya tertinggal menjadi batu. 
Mungkin ada kalanya kau perlu pulang ke bumi.