Tuesday, March 22, 2011

Longing.

I held out my hands for you to reach.
Too bad they slipped out of yours.
Oh. No. They did not.
You just decided not to.
You didn't even try to.
And you hid them from my sight.
To where I would never find.
You rather fell to the ground with all your proud.
Hitting hard to the bottom rock without a sound.
With your eyes tightly shut.
Because you knew, somehow, you would not end up crashing.
You opened your eyes, to see I was the one who's falling.

Sunday, March 13, 2011

Wasting Time.

Sementara tengah tunggu orang ni, mari kita merapik.


Buat masa sekarang, ada 2 benda saya paling benci. Itu adalah:
1. Kids
2. First-borns. Anak sulung.


Kenapa? 


Kids: Bermula dari dia start pandai cakap, sampai sekolah rendah. Bila dah pandai cakap, mulut macam celaka. Oh. Sekolah menengah saya tak benci. Tapi saya menyampah. Saya cuma suka yang comel dan yang sopan sahaja. Saya paling benci jenis yang orang cakap sekali tak mau dengar. Dan juga yang clingy. Dan saya juga benci tahap babi mak bapak yang tak reti nak marah anak diorang bila anak perangai macam lahanat dan boleh biar dan tengok je anak ganggu orang. Aku tampar anak ko kang marah pulak.


Anak Sulung: Ni jenis anak kesayangan mak bapak. They get away with everything. And they get EVERYTHING. Mintak apa semua dapat. Adik-adik pulak yang terpaksa mengalah. Fail exams pun tak kene bantai macam aku anak tengah ni. Menyusahkan mak bapak paling banyak sekali. Jenis kalau ko carik gaduh dengan diorang kau mesti kalah. Sebab mak bapak back up. They know this very well. And they can make you look like you are the anak derhaka. 


Sorry pada yang ada anak. Sorry juga anak sulung. I just hate these 2 things the most for the moment.

Sunday, February 13, 2011

No. I Don't Celebrate V Day.

Lagu Michelle Branch zaman kita muda-mudi. Oh. Saya still muda juga sekarang.



Harap-harap anda terhibur. Terima kasih. 


Monday, January 31, 2011

I Have 4 Bridemaids Dresses, To Date!

So..wedding seasons are over?I dont think so! Just when I thought it was, I was reminded that I needed to go to another wedding. And another. AND another! I'm quite occupied this year. My schedule is kinda full with wedding invitations. Of course I will attend all of it. Insya Allah. 


Do you want to know what's the fun part of it? I already have 4 bridesmaids dresses! Yes. It's not even close as 27 but I hope it will never be! Ko gila..jadi bridesmaid manjang tak kawen-kawen? T____T But I like them all. I know I don't look as good as others in that dresses but at least I'm happy I made them (sent them to the tailor if you think i actually MADE them..). Now let's go through one by one.


Ama's Wedding : 
This was the first time ever that I made a dress. And wore it. I felt awkward and pretty weird. You get what I mean? PRETTY weird. But the heels gave me blisters afterwards. I love her wedding card. Love her pelamin. Love the cake too! And the dress! The wedding was on May 2010. Had fun with these lovely+outrageslyprettybutcanbepainintheasssometimes ladies. Ahahahaha~ *jgn pijak saya* Owh. A little update : She's pregnant. Alhamdulillah. And hi to you, ZIGOT!:



Syikin's Wedding : 
This is apparently, not a dress. It's a pink chiffon baju kurung. The material might be cheap..and not the best quality. But I just love it! Mine is kinda plain. I made it that way so I thought I could have some accessories on me which, I didn't manage to in the end. Well..I was okay with it. I guess those extra lemaks are kinda made me look..complete.haahahah.ehem:




Kely's Wedding : 
Her wedding was beautiful. A simple garden+home wedding. But blessed with the a large crowd of people. And we were asked to wear lace dresses. And, this time..it wasn't dress too. We made baju kurung moden. I made the same design like the one I wore on Syikin's wedding. I was running out of time to go and design a new one and all so I decided to let Marianny find the tailor for me, in Ho Chi Minh City. Believe it or not, it only cost me around RM50. And I love it to bits! It's lace. What's not to love eh? The material was handpicked by the bride herself:



Awin's Wedding : 
My childhood friend. I've known her for as long as I can remember. We played pondok-pondok, masak-masak together. Roller-bladed every evening (she was good back then, I was the lousiest) and hung out at the front of our houses gates talked about our crushes and school. She was always the prettiest, the loudest (oopss..Shakinah was loud too!), the most pandai ambil hati orang lagi-lagi hati orang tua. The in-laws must be very happy to have her in their family. She lived at the opposite at my house until she moved to Mindef when we were in Form 4. I missed her since then. I missed her presence in our neighborhood. And now she's happily married. And were asked to wear these lilac dresses! The kain also was picked by Awin herself! I designed this (kind of..I dont sew. You know this.Ha haha..) and quite happy with it!:


So, this is it. Ada sapa-sapa nak saya jadi bridesmaid?? Bring it on bebeh! Atau ada sapa-sapa nak sewa? Saya cuma cater size luar biasa sahaja ye. Jangan demand. Terima Kasih



Wednesday, January 19, 2011

Quickie!

Ok just a brief update! Hello hi how have you been? Hm..Happy New Year! and soon..Happy Chinese New Year (Wish semua sekali satu jalan. Esok-esok kalau tak hapdet dah takdelah rasa bersalah sangat) dan Happy Birthday to those born on December and Jannuary!

Berbulan tak letak new entry. I hope there's someone out there actually missed me. Nasib baik blog aku tak glemer kalau tak mesti hilang dah peminat sebab lama tak update. Oh btw..sekarang saya sudah bekerja di tempat lain. Dah masuk bulan ke-4. Alhamdulillah. So far tempat baru ini walaupun not the best working place on the planet, I feel..relief. Well at least aku tak perlu deal dengan tekanan manusia. Cuma tekanan kerja tu..normal lah. Keje. Mana ada yang senang. Aite?

Oh. Dan Kelilah dah kawen. Tahniah! I dont want to post the pictures here sebab yang baca blog ni pun kawan-kawan saya and korang mesti muntah tengok gambar sama. Dan ulang-ulang. Tunggu ajelah gambar baru di bulan February ye. Eh tapi kalau ada yang request, boleh tengok kat Fad Manaf punya blog, photographer masa kenduri aritu. Oh. Sambil-sambil tu bolehlah tengok-tengok gambar lain kot-kot la berkenan. Harap-harap tak kene saman saya letak link Fad Manaf secara haram di sini.

Ok dah cukup bebel. Kita sambung bulan dua punya cerita pulak nanti..di bulan dua. Ahahahahha gile malas aku update sebulan sekali je. Till then, so long~

Friday, September 24, 2010

Entri Raya Terlewat.

Teringin jugak nak update pasal raya. Seronok tengok gambar orang beraya. Macam-macam versi. Selamat Hari Raya semua. Harap-harap sambut dengan gembira ya! Ini pula versi saya yang tak seberapa.


Hari raya tahun ni sederhana sahaja.Seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kali ni turn beraya kat kampung Mak kat Changkat Jering, Taiping. 2 hari sebelum raya aku, Mak, Diwan dan Adik berangkat dulu satu kereta. Disebabkan kami semua gemok-gemok, maka pergi mana-mana sekarang ni kena naik 2 kereta. Esoknya, baru Ayah, Dibah dan Abang balik naik satu kereta lagi. Dan sedara-mara yang lain pun ramai yang balik hari yang sama juga. Agak penuh rumah. Tak semua adik-beradik Mak ada. Kalau ada, for sure runtuh rumah papan Tok saya. Mak saya ada 12 beradik. Kalau semua balik, kena bercamping lah jejaka-jejaka sekalian di halaman.
Kampung ni dah tak ada penghuni. Sejak Tok Wan meninggal 4 tahun lepas, Tok pun dah tak berapa kuat. So, dia tinggal dengan kami kat KL. Tapi by time kitorang akan balik untuk mengemas. In fact, 2 weeks before puasa pun kami ada balik untuk mengemas secara besar-besaran! Supaya bulan puasa taklah penat sangat. Tinggal sapu-sapu lap-lap je.



Well, apalah beraya tanpa barbeku! Tapi ni belum raya. Ini adalah untuk berbuka. Memandangkan semasa ini ramai lagi yang belum sampai kerana ada kereta yang rosak di tengah jalan, maka Abang dan Diwan ditugaskan membakar ayam dan lemang. Sambil dimandur oleh Pak E. Gadis-gadis berada di dalam rumah menyiapkan ketupat. Ketua gadis adalah Cik Aini yang paling hensem dan berbakat. Ini adalah hari terakhir berpuasa. Esoknya raya!

Menu raya sudah pastilah ketupat nasik, ketupat palas (pulut? kot.), lemang, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan lodeh. Sepanjang raya perut tak pernah dibiarkan lapar. Bandung soda pula free flow. Tahniah 2 kg! Nasib baik aku memang gemok (NOOOOOOOO!!!!!).

Pagi-pagi dah berebut bilik air nak mandi sunat raya. 40 orang. Toilet ada 3 je. Nasib baik rumah Pak Che kat sebelah je. Adalah lagi satu toilet. Lepas mandi mestilah makan raya pula sementara tunggu yang lain bersiap-siap nak berarak ke masjid. Sarung baju raya siap-siap. Barulah meriah warna-warni. Sekampung orang pakai baju raya oi. Lepas sembahyang, bermula lah sesi huru-hara.


 
Ketua trafik pada hari tersebut. Amek nombor ye adik-adik. Sapa potong Q kita potong duit raya dia! 
Hiyarghh! Rasa berkuasa. 

Bagus. Mendengar kata. Salam dan mintak ampun ya.

Disebabkan tahun ini Kakak Ani/Kak Nani/Cik Nani tidak bekerja tetap, maka duit raya korang postpone tahun depan wiwiwiwiwiwiwii~~ Dan saya telah diberi duit raya. Oleh adik sendiri. Ahahahaha...Malu ai.


Gambar keluarga. Haruslah kan. Posing kasi manis. Nanti boleh frame letak kat hall rumah.

We're missing a person here. There should be 8 of us. Apit. Selamat Hari Raya dalam jepun ape ye? Seronokkah beraya kat Tokyo? Ada lemang tak? hehehe..Nanti Kakak Ani nak Takuya Kimura satu tau. Bungkus. Ikat tepi. Mana gambar raya ko ha? Tak balik dari Tokyo lagi ka? Jangan lupa upload. Nanti Kakak Ani publish kat sini. Biar glemer walaupun takda orang baca he he he..

So, seperti lazimnya, hari raya adalah hari makan sedunia. Raya pertama kitorang tak ke mana. Sebab menunggu sedara-mara datang. Aktiviti wajib adalah basuh pinggan, hidang makan. Then basuh pinggan lagi. Then makan lagi. Ulang sampai raya ketiga ya. 

Salam Aidilfitri dari kami The Khalids!


Dari kiri (belakang atas kerusi): Diwan, Ayah, Mak, Abang, Saya, Tok.
Kiri duduk bawah: Adek, Dibah.
Missing person: Apit.


p/s: Punyalah huru-hara semua orang sampai terlupa nak amek gamba ramai-ramai semua orang lompat bintang. 

p/s ke-2: Dah abeh tulis ni baru teringat lupa nak update raya di sebelah Ayah pula. Sigh. Next entry! Hoyeah~


















Saturday, September 4, 2010

Sigh. It's Ramadhan! Cheer Up!

Entri yang agak terlewat. he he.. Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat. Semoga kita lebih diberkati.

Sekarang aku tak suka nak menulis. Sebab tiada idea dan tiada yang menarik sangat untuk ditulis. Oh. Mungkin berita aku berhenti kerja buat kali ke-3 kedengaran menarik? Tidak juga. Tak nak lah cerita benda tak gembira. Nanti termasuk bab-bab kutuk orang pulak. Aku bukan suka sangat kutuk orang. Lagi-lagi kalau tak kenal. Dan aku tak suka kalau orang buruk-burukkan orang lain yang aku tak kenal pun sapa. Not interested. Wah. Emo.

Oh. Emo. Lately aku terasa agak annoyed dengan orang-orang yang emo lebih ni. Nasib baik family aku bukan jenis emo. Orang jenis macam ni nak orang jaga hati dia je. Nak orang faham dia aje. Tapi taknak berusaha untuk faham orang lain. Dan tak boleh tolerate. Dan nak orang fikir kesusahan dia aje. Sigh. I know I'm not the most sensitive person on earth, but at least I do know when exactly to start compromising, to notice when there are pressures in the air and to put it down for a bit. OK. I'm not making any sense. So I'm going to stop.

I know this hurts some. And now you care. But I'm sorry, I don't. I had enough. Sekian episod emo kali ini.