Tuesday, January 13, 2009

Ciri-ciri Lelaki Idaman Anda?

Kawan-kawan. Disebabkan aku je yang solo, maka ramailah yang menyuruh aku membuat senarai ini yang aku pun tak pasti benar atau tidak. Aku bukan cerewet. Maka, senarai ini mungkin pendek aja. Manusia. Mana ada yang sempurna. Marilah sama-sama melihat apakah ciri-ciri lelaki yang aku rasa perlu ada. 

1. Kau adalah Muslim sejati. Tak perlu ekstrem pun tak mengapa. Cukup ilmulah kiranya. Sebab aku ini ilmunya kurang.

2. Tak guna kau Muslim sejati kalau tak tahu hormat orang tua dan fakir miskin serta tak punya belas kepada haiwan.

3. Kau seorang yang berkemampuan. Material penting untuk zaman ni. Kasih sayang aja mungkin tidak cukup. Kalau kau si papa kedana, siapa mahu sara anak-anak nanti?

4. Hati tak mudah panas. Sebab aku ni cepat menyirap.

5. Rupa: sedap-sedap mata memandang kot. Aku pun bukan bidadari. Tapi bibir yang kissable kedengaran agak best kot.

6. Berfikiran matang dan logikal. Considerate. Easygoing.


Dahlah. Ini senarai aku. Tidak semestinya betul untuk semua orang. Mungkin kedengaran bosan kerana aku malas untuk senaraikan hal-hal lain yang remeh-temeh. Maaf. Aku juga tak mampu nak memenuhi kriteria orang-orang lain kalau itu yang kau jangka dari aku. Aku bukan Malaikat.


13 comments:

  1. Waahhhhhhhh akhirnya. Ok satu pesanan. Jangan buat list seperti cth: 1. tak suka orang hisap rokok.

    Sebab saya selalu cakap, pastu dapat. Oke. Terima seadanya. Bagus Aini. Hahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    tu lah..
    saya ambil iktibar dari kwn2.
    mungkin sekarang merokok.tp kalau dah kawin akan ku paksa kau berhenti.

    ReplyDelete
  3. hu hu hu

    aini dah besar da tahu update blog

    ReplyDelete
  4. yayyy!!...lelaki idaman aini..sy suka y 1st..
    aini cmne lelaki omputih y dlm mimpi itu?siap kne tangkap mpaj...ish,mungkinkah dia tersenarai dlm no 5..haha

    cik ili, sy juga tfkr apa y pernah anda katakan dl..hehe
    xpe kt semakin dewasa..dapat trima seadanya..yay da bsr..24 thn..

    ReplyDelete
  5. cik YMF.
    haaipp.iru cerita di dlm bilik.
    yg sy ingat cuma bibir kissable ahahahha.

    cik lullaby.
    kamu juga sudah besar.
    pandai pilih solitaire dah skrg.

    mr. hafis.
    kamu mahu jadi calon?

    ReplyDelete
  6. aku tahu, ciri2 tu...ada kat aza..huk3

    ReplyDelete
  7. seorangsoultan.
    mana kamu dpt ini blog?
    sungguh cekap kamu. *tepuk*
    aza?siapa beliau?

    ReplyDelete
  8. banyak pilihan tuh...
    hahahh..
    nice bloq..
    slm singgah

    ReplyDelete
  9. Mr. Hafis,
    bukan sekarang.
    nnt nak cari aku announce.
    jgn lupa isi borang.


    Duwenk,
    aku pun rambang mata skrg ni.
    ahaha.
    well,welcome!

    ReplyDelete
  10. urm nice taste...but paling menarik bibir kissable..hahaha..aku suke lelaki bibir nipis..

    ReplyDelete
  11. cindir-rela,
    haha.
    kadang-kadang suka tgk bibir lelaki.
    antara feature yg menarik!

    ReplyDelete