Saturday, January 17, 2009

Kau Perlukan Teman? Carilah Aku.

Dalam beberapa hari ini, aku ada diskas-diskas ayam bersama rakan-rakan tentang berdepan perasaan bosan bila manusia di sekeliling kau semua sibuk keluar bersama pasangan (mungkin aku je yg rasa macam ini. Takpalah Aini...). Masa itu, pasti akan rasa terkulat-kulat melihat dinding dan tilam.Bosan. Berseorangan. Tengok DVD. Berseorangan.Makan beli di koop. Berseorangan. Buat kerja. Tiada idea. Kadang-kadang ada juga orang yang mengajak keluar. Itu pun jika orang itu juga kebosanan ditinggal teman-teman mungkin. Aku selalunya terima aja ajakan itu.  Tapi seperti biasa perbelanjaan tanggung sendiri. Tak kisahlah. Bukan ke bosan. Ini cerita bila aku lapang dan tiada aktiviti serta kewangan masih stabil.

Tetapi, bila aku baru merancang nak buat kerja, dan hampir muflis pula, pasti ada juga yang mengajak keluar.Kadang-kadang ada yang mahu khidmat aku untuk mengambil dan menghantar mereka ke mana-mana. Sebagai contoh:

Pengajak 1: Aini. Jom bawak aku shopping malam ni? Aku nak beli baju/beg/kasut.
Aku: Baik. Pukul berapa gerak? Pergi mana?
Pengajak 1: Pukul 8 kau ambil aku. Kita ke butik.

Pengajak 2: Aini. Sila bersiap. Teman aku jumpa Polan.
Aku: Di mana? Jam berapa?
Pengajak 2: Sekarang. Di bawah lampu.
Aku: Okay. Sila tunggu.

Aku senang diajak keluar. Sebab aku memang kaki panjang. Ini mungkin kelebihan aku. Lagipun aku harus banyak berjalan untuk membuang lemak. Tapi bila hampir muflis, aku terfikir. Mungkin aku boleh jadikan kelebihan ini untuk menambah pendapatan? Lagipun sekarang ini aku ada banyak masa. Kelas pun dah tak banyak.Tiada salahnya. Aku juga tidak terikat dengan komitmen lain. Tak perlu rasa bersalah. 

Maka...

Kepada sesiapa yang perlu khidmat aku sebagai teman bersuka ria/teman kala sepi/teman termenung bersama/teman ke kelas atau apa saja, aku caj RM10 sejam.Murah bukan? 
Oh. Aku juga sediakan pakej. Khidmat untuk satu hari aku caj RM100. Makan minum duit minyak semua kau tanggung. Aku cuma sediakan kenderaan. Aku hiburkan dan gembirakan hari kau. Seronok bukan? Tidak kiralah lelaki atau perempuan.

Khidmat tidak termasuk yang berunsur seksual dan erotik. 

Sekian.

9 comments:

  1. saya sedang menahan ketawa.
    tapi tidak boleh.

    ahahahahahaha.

    p/s : oh ya, sila buangkan word verification. saya bukan orang cacat.

    ReplyDelete
  2. saya nak kamu jadi teman erotik.

    ps: kalau buang word verification nanti banyak spam?kan?

    ReplyDelete
  3. kita semua teman erotik...hu hu hu menggeletis

    ReplyDelete
  4. aku ada satu lagi cara nak 'hilangkan lemak' selain dr PAW aku:-)

    kau harus shuffle

    tak pandai?
    mintak ajar dr ABG J, fees tak mahal.RM5.00 ++

    ReplyDelete
  5. shuffle? wah macam shuffle card untuk main royal kah?

    ReplyDelete
  6. shuffle abg J? nani call me up! aku join.

    ReplyDelete
  7. wah aini..
    kamo begitu sepi ker??
    sama laa kita...
    p keja blk keja lepak umah...
    hujung minggu lepak umah...
    kuar bila rasa lapar..

    ReplyDelete
  8. Aihh..
    penuh dengan kutukan!

    Mr hafis,
    berani kamu ketawa. aku serius ni.

    Cik YMF,
    Bukan ke saya dah selalu bagi promo?

    Cik Lullaby,
    rasa seperti mau raba kamu skrg~

    Cik Ili,
    Nyah tak layan tau. aawww~

    Seorangsoultan,
    kau buat iklan.
    aku caj rm10.

    Cik Lullaby,
    jgn layan mereka.
    mereka erotik.

    Cik fwahidahms,
    kamu lari tajuk.
    caj rm5.

    Syamimi Nasir,
    huhu..
    ada yg senasib.
    *terharu*

    ReplyDelete